Kampung Tersejuk di Dunia |
Kampung Tersejuk di Dunia
- Sebuah kawasan perkampungan terpencil di Rusia yang merupakan kawasan
penempatan manusia paling sejuk di dunia itu kini semakin sejuk dengan
suhu mencecah -71 ° Celsius (C), lapor akhbar Daily Mail.
Keadaan cuaca sejuk ekstrem itu menyebabkan pesawat tidak dapat mendarat di kawasan tersebut pada musim sejuk.
Perkampungan
Oymyakon yang terletak di timur laut Rusia itu juga dikenali sebagai
Kutub Beku dengan suhu purata sepanjang Januari lalu berada pada takat -
50°C.
Sebelum ini, pada tahun 1924, perkampungan tersebut pernah mencatat rekod suhu mencecah -71.2°C.
Tidak
banyak hidupan terdapat di situ. Selain beberapa spesies ikan air
sejuk, penduduknya banyak bergantung kepada makanan daripada daging rusa
kutub dan daging kuda sebagai sumber makanan.
Namun, mereka tidak pernah menderita kekurangan nutrien.
Penduduk
tempatan juga terpaksa menghidupkan enjin kenderaan mereka sepanjang
hari kerana bimbang enjin itu rosak kerana membeku dan tidak boleh
dihidupkan lagi. - Agensi
0 komentar:
Posting Komentar
jika menyalin artikel diharap ijin dulu sebagai rasa hormat sesama blogger dan jangan lupa kritik dan sarannya!!